Thursday, 27 October 2016

PROMOSI OKTOBER 2016 : OMEGA GUARD SHAKLEE.




Kenali kelebihan omega Guard Shaklee.

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.




Hati-hati memilih minyak ikan omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta keberkesanannya belum tentu terjamin



Nak konsultasi percuma tentang produk.
hubungi kakYong : 014.5966167
fb: Ly bydury/sibushaklee

Wednesday, 26 October 2016

Chilled Cheese Cake semudah ABC .



Chilled Cheese Cake KakYong.

Taraaaa !!! dah siap potong potong dah .Cantikk kan. siapa yang sukakan rasa cheezy boleh lah belajar buat kek ni senang je dan semudah ABC. Untuk hidangan tetamu boleh la potong mcm kat gambar atas tu.senang di makan.

Meh sini KakYong nak konsikan dengan korang semua macam mana nak buat.KakYong suka buat kek sebab tu sambil buat untuk makan sendiri KakYong jual juga Chilled Cheese Cake ni.Kali ni nak Share je resepi ni,bukan apa biar semua boleh rasa dan boleh buat bisness dengan kek cheese ni.Inshaallah beri idea untuk yang nak berniaga tu.


Ni antara bahan bahan nya nak buat Chilled Cheese Cake .

1. Cream Cheese 250 gram ( ikut suka nak guna bega/ philadephia / tartura )
KakYong lebih suka Philadephia.Rasa lebih sedap.

2. Cheedar Cheese.( macam yang dalam gambar tu kotak warna biru tulisan cheedar)Untuk parut dan buat topping nanti bila dah habis lapis lapis.

3. Nestle Cream 1 tin. ( bawah kotak cheeder tu )

4. Roti Marie ( yang ni pun ikut suka nak yang jenama Lee/ Munchys / cheese cracker )

5. Susu pekat manis 1 tin. ( kakYong dah siap tuangkan dalam besin pengadun tu )


Cara cara nya :

1. Adunkan cream cheese 250 gram dan setengah tin susu, sehingga kelihatan putih dan ringan. (asingkan )

2.  Setengah tin susu lagi adunkan bersama 1 tin nestle cream. (Asingkan )

3. Sediakan loyang / bekas utk letak kek. Jumm kita mulakan utk membuat lapissan.

4. Roti marie tadi celupkan dalam adunan No 2. Buat satu satu dan susun di dalam loyang. 

5. Setelah habis buat lapisan biskut tadi. Lapiskan dengan adunan No 1. Ambik sesudu 2 je. 

6. Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga selesai. akhir sekali barulah korang boleh buat topping. Parut je cheeder tu. Macam yg dalam gambarrr. Topping tu. Cantikk dan sedappp. 

7. Dah siap siap toping. Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan 2,3 jam. Siapppp !!!




Mudah bukan ? Alhamdulillah. Boleh lah buat lepas ni. Kalau ada sebarang pertanyaan cadangan penambahbaikkan boleh lh komen saja. :)))


Chilled Cheese Cake KakYong ^^
Fb. Ly bydury
014.5966167



Wednesday, 19 October 2016

OHhhh !!! Baju Kahwin Budget KakYong.


Taraaaa !!!! ahaa. Yes !!! ini lah baju kawen budget saya tu. Cantik kann. .Alhamdulillah. Baju kawen ni KakYong guna masa sanding 16.5.2015. .tahun lepas yerrr. .masih fresh lagi dalam ingatan.hee. .rasa macam minggu lepas jerr ;)) Perasan model pun ada masa ni. ahaa. .sambil veil (selendang) tu kena tiup dek angin yang berlalu. 

Baju kwen kakYong ni simple saja, potongan bju kurung moden. Budget sebab kakYong beli sendiri tauu kain nya kt Kuching Sarawak.Kat situ je ada Kamdar.Ahaa. beli kain pasang songket kt Kamdar.Beli 5 meter saja dan termasuk veil tu kira 2 meter. memang xsampai Rm100 pun budget beli kain tu.

Alhamdulillah. Tailor !!! kita upah tailor kt Sibu Sarawak jerr. .hee.Sangat murahh juga dan tak lah ratus ratusan upahnya.Nanti korang boleh lah upah juga.Kena pandai cari tailor  yang sanggup buat dan pandai. Sebabnya, setelah bykk kedai baru jumpa tailor ni,Kebanyakkan diaorg buat baju lelaki jerr.Alhamdulillah.Selesai buat baju.

Alamak !!!! Baju kawen KakYong kosong sangat !!!! so, kita tempek jerr bunga purple kt veil tadi tu kat baju dan lengan.Ahaaa. .baru lah vouge kau KakYong :))) senyum tengok baju kawen budget ni.Alhamdulillah. Kalau pandai jahit sendiri boleh lah main jahit jahit kan.KakYong ni bagi anty jerr tolong jahitkan .

Siap !!!! Baju Kahwin Budget KakYong. Bukan kata Majlis Kahwin, Baju Kahwin kena yang mahal mahal baru cantik.tak pe ikut saja kemampuan masing masing dan ikut suka. Yang penting jangan riak dan sentiasa bersyukur atas rezeki NYA.

Kalau ada yang nak cari idea nak baju kahwin warna apa, fesyen apa, macam mana, boleh lah rujuk baju kawen KakYong ni okay. Sekadar satu perkongsian, Inshaallah bermanfaat dan jadi rujukan korang.

Kisah Baju Kawen Budget KakYong.

Tuesday, 18 October 2016

TIPS BISNES SHAKLEE SAYA.

!!! TIPS BISNES SHAKLEE  SAYA !!!

Perkara yang saya paling suka tentang bisness Shaklee ni !!! Ko buat ko dapat !!! Ko nak ko buat !!
Simple kan. Tapi deep sungguh. Mmg ini pendapat saya sendiri. It is TRUE !!

Betul lh tu. Klo kita mmg ada target nak buat. Nak capai. Apa saja alasan mmg boleh atasi. Dah xda alasan Tak Nakk !!! Yg ada,  OK !!! Saya nak ni. Saya nak tu. . Saya mesti dapat bonus rm*** bulan ni. Bulan dpn rm**** pulak. Dan seterusnya. . .itu pasal RM .

Masa mula2 dulu !! Okk. Saya xnak bekas jerawat ni !!!So, jatuh cinta dgn VitaC. vita E. Haaa. Berhasil juga akhirnya .konsistant mkn supplement !! Pentingg. Kata nak kesan kannn .

Preggy pulak. . No 1 mslh cramp2. Alahaii !! Jgn risauu. ostematrix kan ada. Yes!! Alhamdulillah :))Konsistant arrr. Tiada lagi mslh !!tu testimoni sendiri. Testimoni family. Kwn kwn. .juga postive. Alhamdulillah. Setia sampai skrg dgn Shaklee ni.

Tips No 1 dan utama. Bukan stakat dlm bisness Shaklee saja. Tp apa pun yg kita nak buat. Adalah. FOKUS dan KONSISTANT !!!  Perlu displin nak buat dan capai semua tuuu !! contoh. Nak buat entry x 6 sehari. Kena atur masa dan plan betul2 bla nak buat.

Panjang pulak yang ditaip ni ;)) hee. Yang nak dsampaikan TIps 1 saja. inshaallah. Klo ada elemen no 1 ni bila berniaga !!! Org pun akan suka, percaya kita kann :))

Ikhlas dari KakyOng,
#tipsSaya #trustedseller #cegahLebihbaikdrmengubati
#stargazerpro #sibushaklee #risebyliftingothers

* Gambar ni antara gambar yang terawal vitaC dan Vita E yang buat saya jatuh hati *




Sunday, 16 October 2016

VIVIX dan Manfaatnya.




VIVIX adalah supplement tambahan yang terbaik dan terlaris Shaklee.Alhamdulillah. .penjualan sebulan memang mantap jerr.Itulah kelebihan dari segi jualan nya. Manfaat pulak memang 1001.

Antara kelebihan dan Keistimewaan nya yang amat anda perlukan ialah ;

Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.


Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.


Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee

  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Jum kita kenali VIVIX ni. .apa pulak kandungannya yang hebat tu dan peranannya dalam membantu meningkatkan kualiti kesihatan sekeluarga.


Semoga perkongsian saya ni boleh membantu anda semua.Insaallah. Mencegah lebih biak dari mengubati


Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan tentang masalah anda, boleh hubungi saya.
Kak Yong : 014 5966167
Fb : Ly bydury /SibuShaklee
SID : 870879


Sunday, 25 September 2016

Bagaimana Shaklee dapat membantu masalah Demam Denggi .

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) 
dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).[1]



Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah. Minum air paling penting dalam hidupan harian kita. Minum air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.





Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.

Penyakit denggi sehingga kini tiada mempunyai ubatan yang khusus untuk merawatnya. Rawatan yang ada hanyalah untuk merawat tanda tanda dan gejala.Pengambilan air yang banyak juga membantu untuk mengekalkan nutrien dan keperluan badan yang secukupnya semasa proses pemulihan.

Semoga info yang dberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam penguruskan ataupun menghadapi masalah denggi.

Nak dapatkan Set Performance drink, Vita C dan ESP untuk keperluan d rumah anda boleh hubungi saya.

Pm Whatsapp : Nana / 014 5966167
Fb/Ly bydury /Sibushaklee
SID 878079






Sunday, 18 September 2016

Vivix bantu masalah penyakit kronik.


VIVIX

Vivix merupakan salah satu supplement shaklee yang mengandungi banyak manfaat untuk membantu masalah penyakit kronik. Contohnya Bells Palsy, SLE, Diabetes, Darah Tinggi, Gout dan strok.
Semua orang memang akan mengikhtiarkan jalan yang paling baik untuk merawat penyakit mereka.oleh hal demikian, anda haruslah menjaga kesihatan diri dan keluarga bermula dari sekarang. Kerana semua orang juga tahu pencegahan adalah lebih baik dari merawati. Inshaallah vivix adalah supplement yang anda cari selama ini .


Apakah Vivix ?

1. Vivix merupakan revolusi terbaru  di dalam pemakanan polifenol dari shaklee
2. Mengandungi campuran unik botani yang kaya dengan polifenol.
3. polifenol adalah kumpulan fitokimia yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi.
4. Bahan bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk shaklee sahaja.



Apakah kebaikan Vivix?

1. Menggalakkan penuaan yang sihat.
2. Perlindungan Anti oksidant yang baik.
3. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung.
4. Menyokong ketahanan sel dan baiki DNA.
5. Menyokong fungsi kardiovaskular yang baik
6. Membantu anda lebih cergas dan bertenaga.
7.Menyokong kesihatan secara menyeluruh.
8. Menyokong kesihatan sendi
9.Menyokong sistem imun.




Antara testimoni vivix yang telah merawat masalah darah tinggi.


Inshaallah. Pencegahan awal sebelum merawat penyakit akan dapat membantu anda yang memerlukannya. Sebarang pertanyaat tentang masalah anda bolehlah hubungi saya :


Fb/ly bydury /sibushaklee
Pmwhtsapp 014 5966167
SID 878079







Tuesday, 13 September 2016

ESP membantu masalah GASTRIK.




Apakah itu GASTRITIS ?

Gastritis adalah inflamasi pada dinding permukaan perut seseorang individu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dirembeskan oleh perut untuk mencernakan makanan.Hakisan pada lapisan pada permukaan perut bukanlah berlaku pada serta merta, kerana ia mengambil masa yang berbulan bulan atau bertahun untuk terjadi sebelum seseorang itu mengalami tanda tanda gastritis seperti sakit pada bahagian ulu hati, loya, muntah, pening kepala dan sebagainya.



Punca masalah Gastrik.
  1.  Makan tidak mengikut waktu yang tetap. contohnya tidak bersarapan pagi ataupun tidak mengambil makanan pada tengahari.
  2. Pengambilan makanan yang terlalu pedas, bercuka, ataupun terlalu berlemak.
  3. Pengambilan minuman yang bergas ataupun alkohol.
  4. Ubat ubatan tradisional ataupun ubat yang dibekalkan doktor yang mempunyai kesan pada perut jika diambil pada tempoh yang terlalu lama.

Kebanyakkan kita yang menghidap masalah gastritis adalah disebabkan masalah utamanya iaitu tidak makan dengan betul dan makan pada masa yang berbeza. Disebabkan oleh kesibukkan kerja ataupun keinginan menurunkan berat badan .

Salah satu jalan penyelesaian yang boleh membantu untuk mengatasi masalah gastrik adalah dengan pengambilan makanan tambahan  ESP iaitu Energizing Soy Protein.



ESP adalah makanan nutrisi. Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu, milo atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi. 




Selain dari ESP juga.B complex, Ostematrik dan Papermint Ginger Plus juga membantu untuk merawat masalah gastrik.



Sebarang masalah, pertanyaan, dan tempahan boleh hubungi saya :

fb/ly bydury /sibushaklee
pm whatsapp nana : 014 5966167
SID : 878079






Monday, 12 September 2016

BAHAYA KEKEJANGAN KAKI SEMASA HAMIL.

Alhamdulillah, setelah 6 bulan kelahiran bayi pertama saya, saya nak berkongsi sedikit masalah sepanjang mengandungkan bayi yg lepas. Masalah utama selepas loya dan muntah pada trimester pertama adalah kekejangan kaki iaitu kerap berlaku pada malam hari dan terjadi pada timester ke 2 dan ke 3. Kepada ibu ibu yg tidak gemarkan susu ataupun kekurangan pengambilan sumber tenusu pada tempoh kehamilan,  besar kemungkinan boleh mengalami masalah kekejangan kaki. Pengalaman kesakitan ni walaupun hanya berlaku pada tempoh 5 minit atau lebih adalah amat menyakitkan dan boleh mengalirkan airmata.

Jadi, saya ni dah terhantuk baru nak terngadah, dah merasa sakitnya baru nak cari sumber tenusu. Alhamdulillah, selama seminggu saya mengamalkan Ostematrix secara konsistant dan mengambil 4 biji sebelum tidur.Alhamdulillah sehingga melahirkan saya tiada mengalami masalah kekejangan.



Bukan saya sahaja yg amalkan Ostematrix ni.Ramai yg dh consume dan alhamdulillah ada hasilnya dan terbukti membantu.Jum tengok apa kata yang lain.

Selain dari itu, sambil sambil consume Ostematrix boleh lah kalau nak buat regangan kaki sendiri .Maklumlah kalau ibu mengandung ni nak buat regangan yang terlampau memang tidak boleh ,jadi regangan kaki yg ringkas ni Inshaallah boleh membantu.


Semoga apa yang saya kongsikan bermanfaat buat ibu ibu dan bapa bapa yg nak bantu insan kesayangan anda bebas dari masalah kekejangan kaki ni. ;)) 
Dan jangan lupa amalkan pengambilan makanan yg sihat serta makanan tambahan Ostematrix 4 biji sebelum tidur.inshaallah nanti boleh lah kongsikan testimoni anda kt saya ;))


Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya ;

fb/ly bydury /sibushaklee
pm whatsapp : 014 5966167
#sibushaklee #stargazer #risebyliftingothers #lifeAMazing #PengedarshakleeSibu #CODsibu












Thursday, 4 August 2016

Im Positif !!

I am Positif ;))

Alhamdulillah.Berita baik yang sangat menggembirakan kami suami isteri. Walaupun pada masa tu baru je berkahwin pada 15.5.2015. . dan rezeki ALlah nak bagi cepat. . Alhamdulillah sebulan kemudian. Taraaaa. . . . .1st time guna UPT strip tuu. .ahaa. .saya #positif. Memang pun lps kawin cadang nak ada baby trus sebab umur ms tu bkn muda lagi 28thn, boleh dh tu dan saya ms sblm kawen mmg ambik #VitaC #VitaE #shaklee dan bru kwen trus je ambik #bcomplex dan #folicAcid. Utk Kesihatan sendiri, dan persediaan untuk bila hamil nnti.
Alhamdulillah. ALLAH SWT sentiasa dengar doa hambanya.

Ya. Kita ikhtiar, doa, dan tawakal. . yg lain lain biar Allah SWT yg uruskan.

Dan bermulalah episod kedua dalam kehidupan saya selepas mendirikan rumah tangga. Trimester pertama lagi memang ada #alahan , bau bauan wangi, masakan goreng ikan, bawang, rokok, mmg xboleh nak hidu masa tu.Selera makan masih boleh makan lagi, saya amalkan #makansedikitdankerap. bersyukur boleh nak terima makanan lagi sebab nak positifkan diri sendiri.kesian pulak tengok mommy lain yg preggy langsung xnak makan dan alahan yg sangat teruk. So masatu memang dah kenal dengan #shaklee ni dan sya ambik #bcomplex #vitaC je dulu.nak telan byk sngt xblh sbb mmg nak loya je memanjang.

Trimester ke 2 pulak, selera makan pun bertambah baik.Alhamdulillah.dan sya pun makan je apa yg mahu. Ahaaa. .. sebulan boleh naik 1-2Kg. . hmmm. . takut juga nnti big baby .Pengambilan makanan contohny #kuihmuih tu paling lh d sukai pagi n petang, dan Sebenarnya haruslah dikurangkan .Bayi pun membesar dengan sihat walafiat,Sekarang masalah yg lain pulak #anemiaInPregnancy #kurangdarah .Sebab semakin bayi membesar diaorg menyerap makanan dan oksigen melalui placenta tu. #Vitalea lh jawabnya. ambik #sebelumtidur dan minum #airsuam secukupnya.Inshaallah.Berkesan.

Trimester ke 3 !! Alhamdulillah !! dan Aduhhh !!!!! Alhamdulillah sebab xlma lagi, menghitung hari ja baby nak kluar.Aduhhhh !! mama nak stretching, mengeliat ckit bgun pagi tiba tiba #cramp pulak. Rasa nak menangis pun ada bila sakit tu. .Usaha punya Usaha. ambik lah #ostematrix 4biji #sebelumtidur, sangat sangat berkesan sbb xda dh cramp tu. .kekejangan ototkaki xda mslh lagi. 

Macam tu la, bila berpengalaman menjadi seorang isteri kesayangan suamiku dan mama kepada putera kesayangan kami #AniqAinie. Segala macam kita tempuh bersama.Susah dan senang. Sihat dan Sakit. Inshaallah semoga dapat menempuhi saat mengandung 9bulan tu dengan pengalaman dan memori indah.#shaklee #TQ #alhamdulillah.








Saturday, 8 November 2014

Cinta ALLAH

Selamat pagi yang berbahagia. Alhamdulillah tersedar dari mimpi lena yang kadang melalaikan hambanya.syukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk sujud di muka bumi yang semakin hari penuh dengan pelbagai cabaran duniawi.

Sedikit perkongsian untuk dijadikan panduan bersama.mudah mudahan mendapat petunjuk dari Nya bg mengisi hati hati menuju Redha Nya.


" Ya ALLAH aku meminta petunjuk Mu dengan ilmu Mu dan aku bermohon keputusan Mu dengan kudrat Mu dan aku meminta dengan kebaikan Mu yang maha Agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa,Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Maha Mengetahui yang ghaib .Ya Allah, Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini baik untuku, agamaku, kehidupanku, dan akibat perkaraku ini maka tetapkanlah untukku dan mudahkanlah ia untukku kemudian berkatilah aku padanya.Sebaliknya jika engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku, agamaku,kehidupanku, dan akibatnya kepada aku,maka jauhkanlah ia dari ku dan jauhkanlah aku darinya, tetapkanlah yang baik untukku, dan redhailah aku dengannya. "


Alhamdulillah.Jum Subuh. Permulaan pagi yang penuh berkat dan bermanfaat semoga berjalan lancarlah perjalanan kehidupan di hari ini. Inshaallah

Rahsia Kulit Halus dengan 3 Bahan Mudah di Rumah.

Perkara yang sangat mengerikan dan menakutkan bagi seorang wanita ialah Tua sebelum Usia.Bayangkan usia muda seorang wanita dalam linku...