Tuesday 29 November 2016

Babah !! Bantu Ibu menyusukan bayi secara esklusive ?


Ahaa !! Perkara penting dan ibu ibu sangat perlukan ialah Sokongan dari insan yang mereka sayangi.
Topik kali ini Kak Yong nak kongsi peranan Suami dalam membantu ibu untuk menyusukan bayi mereka.


1. Suami kesayangan isteri kat luar sana, perkara yang anda boleh bantu semasa ibu sedang berpantang ialah : Bantu mereka untuk menguruskan rumah.Contohnya mengemas rumah, mengemas pakaian kerana sedikit bantuan yang kecil dari anda sangat berharga dan membuatkan ibu ibu tersenyum.Oleh itu, ibu ibu juga merasa diri mereka disayangi dan perasaan yang positif ini membantu mengalakkan pengeluaran air susu.

2. Selepas bayi menyusu, suami/ si ayah boleh lah membantu untuk melegakan/ sendawakan  atau burp kan bayi anda. Kerjasama antara ayah dan ibu boleh mengeratkan lagi kasih sayang keluarga, juga saling memahami keadaan dan kehendak masing masing.

3. Selain dari itu, ayah juga boleh membantu ibu melakukan perkara yang lain contohnya, memberi mandi bayi, mengemas, menukar lampin bayi dan bermain dengan mereka.

4. Kerjasama serta toleransi dalam menguruskan anak anak serta keluarga akan dapat membantu membina kesejahteraan keluarga yang kukuh.


** Sekadar gambar hiasan.

Mereka lah jiwa dan raga saya.Alhamdulillah.Sepanjang di labour room babah sentiasa temankan mama sehingga saat melahirkan.Terima Kaseh babah. In sha Allah kasih sayang kita sentiasa bersama sama. Lahirnya kalifah kecil  kami di beri nama Aniq Ainie bin Adzri. 8.3.2016 @ 0734 Hours.

❤❤Alhamdulillah Babah. Terima Kaseh.❤❤

❤❤Alhamdulillah.Terima Kaseh Allah.❤❤




Thursday 24 November 2016

Cabaran Penyusuan Susu Ibu.


Polisi Penyusuan Susu Ibu di Malaysia .

Semua ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusive dari lahir sehingga berumur 6 bulan, dan meneruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun. Makanan solid pula boleh dimulakan jika bayi telah berumur 6 bulan.


Penyusuan susu ibu adalah terbaik dan memberi manfaat untuk bayi dan ibu.

Berikut merupakan antara manfaatnya untuk bayi :

1. Susu ibu membekalkan nutrisi yang lengkap untuk bayi pada 6 bulan pertama setelah kelahiran.
2. Susu ibu adalah bersih, dan semestinya adalah selamat untuk bayi dan suhu susu ibu adalah sempurna untuk bayi.
3. Senang dihadam. Dapat mengelakkan masalah cirit birit pada bayi.
4. Susu ibu adalah antibodi.Melindungi bayi dari mendapat masalah diarea, pneumonia dan lain lain.
5. Membantu perkembangan bayi yang sihat serta mengelakkan dari masalah keradangan paru paru seperti Asthma, eczema dan keradangan perut.

Manfaat untuk ibu pula ialah :

1. Mengurangkan beban kerja ibu contohnya dalam penyediaan, senang untuk menyusukan bayi, pada bila bila masa dan di mana sahaja.
2. Menjimatkan . jimat untuk tidak membeli susu formula yang semakin meningkat harganya.
3. Membakar kalori dan membantu ibu menjaga berat badan.
4. Bonding antara ibu dan bayi adalah erat.Kasih sayang yang berpanjangan.
5. Membantu ibu untuk menjarakkan kehamilan.
6. Membantu daripada masalah kesihatan seperti, mengalakkan pengecutan uterus yang cepat selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan.
Juga mengurangkan risiko ibu mendapat kanser payudara dan rahim.


Antara cabaran dan penyediaan penyusuan susu ibu secara esklusive ialah ;

1. Sebagai seorang ibu yang bakal untuk menyusukan bayi, anda haruslah tahu serba sedikit tentang pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi dan berusaha untuk menjayakan.Pemikiran yang positif dan tenang juga membantu pengeluaran susu ibu

2. Payudara yang sesuai untuk penyediaan penyusuan. Puting susu ibu yang tidak kelihatan ataupun inverted adalah menyukarkan ibu untuk memberi susu ibu. Cara yang sesuai untuk mengatasinya ialah sebelum kelahiran bayi ibu digalakkan untuk melakukan urutan pada puting supaya senang untuk penyusuan susu ibu.

3. Kaedah perah Susu dan penyimpannya. Susu yang diperah sama ada menggunakan kaedah manual ataupun menggunakan perahan elektrik haruslah disimpan pada suhu dan masa yang sesuai.

Susu perahan pada suhu bilik : Simpanan Maxsimum 4 jam
susu Perahan dalam peti sejuk biasa : Simpanan sehingga 72 jam
Susu perahan pada sejuk beku : Simpanan Maximum 3 bulan.

4. Susu ibu yang tidak cukup.
Sesetengah ibu beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk bayi dan akhirnya mereka berputus asa jika bayi merenggek.Dalam situsi sebegini, ibu seharusnya tenang dan berfikiran positif serta galakkan ibu untuk stimulasikan pengeluran susu ibu dengan membiarkan anak menghisap puting dengan kadar yang kerap.

5. Sokongan suami dan ahli keluarga.
Ahli keluarga yang lebih berpengalaman boleh membantu dalam proses penyusuan susu ibu dimana memberikan sokongan emosi dan tunjuk ajar dari segi posisi yang betul.Suami juga boleh membantu dengan menyediakan keperluan isteri, contohnya membantu menyediakan kerusi atau bantal untuk posisikan bayi semasa penyusuan.


6. Amalan doa harian juga digalakkan mengikut kepercayaan masing masing supaya dapat membantu proses penyusuan susu ibu yang berjaya.


Inshaallah semoga tips tips yang diberikan boleh membantu ibu ibu yang merancang untuk memberikan bayi mereka penyusuan yang esklusive.Segala cadangan dan perkongsian bolehlah dikongsi bersama ya.

Susu Ibu adalah yang Terbaik untuk bayi Anda.






Wednesday 23 November 2016

Kenapa Suplement Tak Berkesan ?





Kenapa makanan tambahan / suplement sangat penting untuk badan kita ya?

Vitamin yang di peroleh daripada sumber asli contohnya dari buah buhan dan sayur sayuran adalah penting untuk membekalkan nutrisi dan menguatkan pertahanan  pada tubuh badan.Tapi sejauh manakah sumber tersebut benar benar bersih, dan segar dan tiada bahan kimia sepanjang proses tumbesarannya.?

Selain dari itu , cara masakan kita juga mempengaruhi zat zat yang terkandung. Contoh nya nutrisi makanan boleh mengalami kehilangan zat zat jika di masak terlalu lama, ataupun menggunakan pelbagai jenis perisa tambahan.

Oleh yang demikian, sebagai pengguna dan pengamal kesihatan.sangat perlu untuk kita kenali makanan tambahan yang kita ambil.




MENGAPA PERLU DETOKS? APA MANFAATNYA?

Salah satu penyebab terbesar terjadinya tokxemia pada usus adalah kebiasaan  makanan yang
dimasak secara berlebihan atau diproses, yaitu makanan-makanan yang tidak memiliki enzim lagi.

Juga kebiasaan lebih banyak makan makanan pembentuk asam, yaitu protein (hewani), pati, lemak.
Terlalu banyak mengambil makanan sumber protein (hewani), pati, dan lemak mengakibatkan tubuh
mengalami asidosis.

 Asidosis dapat menimbulkan peradangan pada berbagai jaringan dalam tubuh, menyebabkan butir-butir darah melekat satu sama lain, atau terbentuknya jejaring serabut-serabut halus (fibrin) dalam darah. Jejaring serabut-serabut  yang memberi kesan seolah-olah darah menjadi pekat.

 Serabut-serabut ini mengakibatkan peredaran sel-sel darah terganggu, sehingga  zat makan dan oksigen ke sel-sel jaringan tubuh lainnya terganggu.


Oleh itu, perkara utama yang perlu dilakukan supaya pengambilan suplement kita berkesan adalah dengan memulakan program detox.Bersihkan usus daripada toksin toksin yang di dapati melalui makanan . Kemudian baharu lah boleh mencuba dengan makanan tambahan /suplement.

Contohnya mengambilan makanan yang bersih / clean food.tiada bahan perisa tambahan dan sebagainya.Sila klik link di bawah untuk mengetahui set cadangan untuk Detok usus.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=617c81b47e4758942128b6bd2319d9c1

Setelah detox barulah boleh mengambil makanan tambahan yang anda inginkan.contohnya mengambil makanan tambahan untuk Set Kurus, Set kesihatan Kulit, set resdung dan sebagainya.Kadar penyerapan usus setelah detox adalah lebih baik dan suplement yang di ambil juga berkesan.


Set Asas Detox yang budget seperti gambar di atas juga boleh di amalkan untuk program Detox anda.


Apa kata mereka?
Antara testimoni yang berjaya setelah mengamalkan suplemen Shaklee.Anda juga boleh jadi seperti mereka dan rasai sendiri keberkesanannya.Boleh buat testimoni sendiri.Alhamdulillah.
Kerana diri dan keluarga yang sihat adalah kunci kebahagiaan anda.


Sebarang maklumat, pertanyaan dan tempahan  bolehlah menghubungi :

Kak Yong ; 014.5966167
fb; Ly Bydury / Sibu Suplemen Sihat Cantik
nanabydury.blogspot.com



Thursday 10 November 2016

Tips Jagaan Anak - anak dan Bayi yang Demam.



Tips Jagaan Anak ketika Demam.

====================================

Ibu ibu yang jaga anak bila masa diorg ni demam. Pasti sangat risau, tidur pun pasti xlena kan.
Tips ni silakan berkongsi jika bermanfaat. Inshaallah. Boleh jadikan panduan untuk semua. 👍🏽

1. Sentiasa monitor/ perhatikan suhu badan bayi anda. Kalau yang ada termometer sendiri kat rumah lagi bagus. Senang nak monitor nanti. Kalau dah 38 degree tu. Memang tinggi dah suhu badan tu.

2. Makan ubat tepat pada masa. Kalau Dr cakap ambik 6 jam sekali. Pastikan ikut yerr. Set alarm clock tu supaya anak anak, bayi x missed ubat nya kalau sebelum 6 jam dah panas balik. Boleh je bagi 5 jam tu. Kalau dah ok. Jarakkan masa 6 jam balik yer.

3. Bagi anak anak makan makanan yang berkhasiat. Contohnya. Bubur. Ada protein. Sayur sayuran. Memang selera xnak makan masa ni. Xpa bagi je sedikit sedikit dan kerap. Kalau yang nak makan tu lagi bagus. Layan kan aje ok mommyy.

4. Ambil lebih banyak buah buahan dan cecair. Buah buahan. Dan air suam. Supaya pengeluaran hana panas tu melalui urine. Dan badan anak anak. Bayi juga x dehydrate sebab xcukup cecair dalam badan.

5. Bagi anak anak yang muntah pulak. . Kalau makan ubat pun muntah. Makan makanan sedikit sedikit macam yang disyorkan kat no 3 tu. Dan ubat pulak saya sendiri kasi masuk je dalam susu. Jadi baby xrasa sangat tu.

6. Ibu yang menyusukan bayi pun haruslah mengambil pemakanan yang seimbang. Dan sihat. Ambik lah supplement tambahan. Contoh vita C. nutriferon ke. Sebab boleh juga bekalkan vitamin tu melalui penyusuaan susu ibu.

7. Lakukan tepid sponging. / basahkan kepala, badan, ketiak, celah kaki bayi jika panas nya melampau tinggi contoh 38, 39,40 degree tu. . Jangan bagi mandi terus yer. Bagi je tepid sponging. Inshaallah suhu badan boleh menurun.

8. Dedahkan anak anak/ bayi pada persekitaran yang udara yang baik. Selesa. Pastikan tidak terlampau sejuk atau panas. Juga boleh membantu untuk menurunkan suhu badan.

9. Segera bawa anak anak dan bayi anda jika suhu badan yang terlampau panas, anak anak x mahu makan minum, kerap muntah, ceret beret berjumpa klinik klinik/ hosp yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera.

Inshaallah. Ibu ibu jangan panic dan sangat risauu.sentiasa perhatikan keadaan anak anak.

Semoga bermanfaat. Sebarang komen dan cadangan bolehlah dikongsi bersama. Kayy. Kalau ada petua petua tradisional ka. Contoh nak keluarkan kahak. Hingus bayi boleh lah kongsi yer.

====================================
Terima Kaseh.

Rahsia Kulit Halus dengan 3 Bahan Mudah di Rumah.

Perkara yang sangat mengerikan dan menakutkan bagi seorang wanita ialah Tua sebelum Usia.Bayangkan usia muda seorang wanita dalam linku...