Monday 10 April 2017

Kek Belacan Moist


Kek Belacan Moist.

Cantik kan kek belacan ni. gebu aja dan moist tauuu. Nak tahu cara cara nya? .Resepi ni Kak Yong dapat dari internet. kita cuba dan taraaaa. .inilah hasilnya. .boleh guna resepi ni

Ada orang yang tidak tahu sebab kalau tengaok nama kek pun, mesti ingat ..belacan ke bahan nya??
haaaa. . .jum kita tengok resepi nya pulak ok.


Bahan bahannya :-

 10 biji telur
450 gram Butter
1 tin Kecil susu pekat manis
1 tin kecil sri kaya
1 tin kecil nestle cream
1 cawan kecil horlicks
1 cawan gula halus
2 cawan tepung Hong Kong atau tepung gandum
150 ml browning sugar
1 sudu teh perisa vanilla




Cara caranya ;

❤ Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
kemudian masukkan telur satu persatu.

❤ Kemuadian masukkan susu pekat manis, sri kaya, nestle cream dan horlicks.Sebatikan bahan bahan tersebut.



❤ Masukkan perisa vanilla, tepung dan browning.


macam ni teksturnya kek kalau dah masukkan browning .



❤ Sediakan loyang 8x8" untuk mengukus kek, Kukus kek sekurang kurangnya 2 jam ataupun sehingga kek masak sepenuhnya,

Tips ~ pastikan api dapur jangan terlalu kuat, nanti bahagian atas kek berkawah kawah,tak cantik. Guna api yang sederhana sahaja. 



Terima Kasih. Selamat Mencuba.


Nak Tempah kek?
Hubungi : pm whatsapp :
Kak Yong 014 5966167
fB : Ly bydury
#325cakehouse #keklapissarawak #homemadecake #trustedseller







No comments:

Post a Comment

Rahsia Kulit Halus dengan 3 Bahan Mudah di Rumah.

Perkara yang sangat mengerikan dan menakutkan bagi seorang wanita ialah Tua sebelum Usia.Bayangkan usia muda seorang wanita dalam linku...