Tuesday 29 November 2016

Babah !! Bantu Ibu menyusukan bayi secara esklusive ?


Ahaa !! Perkara penting dan ibu ibu sangat perlukan ialah Sokongan dari insan yang mereka sayangi.
Topik kali ini Kak Yong nak kongsi peranan Suami dalam membantu ibu untuk menyusukan bayi mereka.


1. Suami kesayangan isteri kat luar sana, perkara yang anda boleh bantu semasa ibu sedang berpantang ialah : Bantu mereka untuk menguruskan rumah.Contohnya mengemas rumah, mengemas pakaian kerana sedikit bantuan yang kecil dari anda sangat berharga dan membuatkan ibu ibu tersenyum.Oleh itu, ibu ibu juga merasa diri mereka disayangi dan perasaan yang positif ini membantu mengalakkan pengeluaran air susu.

2. Selepas bayi menyusu, suami/ si ayah boleh lah membantu untuk melegakan/ sendawakan  atau burp kan bayi anda. Kerjasama antara ayah dan ibu boleh mengeratkan lagi kasih sayang keluarga, juga saling memahami keadaan dan kehendak masing masing.

3. Selain dari itu, ayah juga boleh membantu ibu melakukan perkara yang lain contohnya, memberi mandi bayi, mengemas, menukar lampin bayi dan bermain dengan mereka.

4. Kerjasama serta toleransi dalam menguruskan anak anak serta keluarga akan dapat membantu membina kesejahteraan keluarga yang kukuh.


** Sekadar gambar hiasan.

Mereka lah jiwa dan raga saya.Alhamdulillah.Sepanjang di labour room babah sentiasa temankan mama sehingga saat melahirkan.Terima Kaseh babah. In sha Allah kasih sayang kita sentiasa bersama sama. Lahirnya kalifah kecil  kami di beri nama Aniq Ainie bin Adzri. 8.3.2016 @ 0734 Hours.

❤❤Alhamdulillah Babah. Terima Kaseh.❤❤

❤❤Alhamdulillah.Terima Kaseh Allah.❤❤




No comments:

Post a Comment

Rahsia Kulit Halus dengan 3 Bahan Mudah di Rumah.

Perkara yang sangat mengerikan dan menakutkan bagi seorang wanita ialah Tua sebelum Usia.Bayangkan usia muda seorang wanita dalam linku...