Thursday, 24 November 2016

Cabaran Penyusuan Susu Ibu.


Polisi Penyusuan Susu Ibu di Malaysia .

Semua ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusive dari lahir sehingga berumur 6 bulan, dan meneruskan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun. Makanan solid pula boleh dimulakan jika bayi telah berumur 6 bulan.


Penyusuan susu ibu adalah terbaik dan memberi manfaat untuk bayi dan ibu.

Berikut merupakan antara manfaatnya untuk bayi :

1. Susu ibu membekalkan nutrisi yang lengkap untuk bayi pada 6 bulan pertama setelah kelahiran.
2. Susu ibu adalah bersih, dan semestinya adalah selamat untuk bayi dan suhu susu ibu adalah sempurna untuk bayi.
3. Senang dihadam. Dapat mengelakkan masalah cirit birit pada bayi.
4. Susu ibu adalah antibodi.Melindungi bayi dari mendapat masalah diarea, pneumonia dan lain lain.
5. Membantu perkembangan bayi yang sihat serta mengelakkan dari masalah keradangan paru paru seperti Asthma, eczema dan keradangan perut.

Manfaat untuk ibu pula ialah :

1. Mengurangkan beban kerja ibu contohnya dalam penyediaan, senang untuk menyusukan bayi, pada bila bila masa dan di mana sahaja.
2. Menjimatkan . jimat untuk tidak membeli susu formula yang semakin meningkat harganya.
3. Membakar kalori dan membantu ibu menjaga berat badan.
4. Bonding antara ibu dan bayi adalah erat.Kasih sayang yang berpanjangan.
5. Membantu ibu untuk menjarakkan kehamilan.
6. Membantu daripada masalah kesihatan seperti, mengalakkan pengecutan uterus yang cepat selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan.
Juga mengurangkan risiko ibu mendapat kanser payudara dan rahim.


Antara cabaran dan penyediaan penyusuan susu ibu secara esklusive ialah ;

1. Sebagai seorang ibu yang bakal untuk menyusukan bayi, anda haruslah tahu serba sedikit tentang pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi dan berusaha untuk menjayakan.Pemikiran yang positif dan tenang juga membantu pengeluaran susu ibu

2. Payudara yang sesuai untuk penyediaan penyusuan. Puting susu ibu yang tidak kelihatan ataupun inverted adalah menyukarkan ibu untuk memberi susu ibu. Cara yang sesuai untuk mengatasinya ialah sebelum kelahiran bayi ibu digalakkan untuk melakukan urutan pada puting supaya senang untuk penyusuan susu ibu.

3. Kaedah perah Susu dan penyimpannya. Susu yang diperah sama ada menggunakan kaedah manual ataupun menggunakan perahan elektrik haruslah disimpan pada suhu dan masa yang sesuai.

Susu perahan pada suhu bilik : Simpanan Maxsimum 4 jam
susu Perahan dalam peti sejuk biasa : Simpanan sehingga 72 jam
Susu perahan pada sejuk beku : Simpanan Maximum 3 bulan.

4. Susu ibu yang tidak cukup.
Sesetengah ibu beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk bayi dan akhirnya mereka berputus asa jika bayi merenggek.Dalam situsi sebegini, ibu seharusnya tenang dan berfikiran positif serta galakkan ibu untuk stimulasikan pengeluran susu ibu dengan membiarkan anak menghisap puting dengan kadar yang kerap.

5. Sokongan suami dan ahli keluarga.
Ahli keluarga yang lebih berpengalaman boleh membantu dalam proses penyusuan susu ibu dimana memberikan sokongan emosi dan tunjuk ajar dari segi posisi yang betul.Suami juga boleh membantu dengan menyediakan keperluan isteri, contohnya membantu menyediakan kerusi atau bantal untuk posisikan bayi semasa penyusuan.


6. Amalan doa harian juga digalakkan mengikut kepercayaan masing masing supaya dapat membantu proses penyusuan susu ibu yang berjaya.


Inshaallah semoga tips tips yang diberikan boleh membantu ibu ibu yang merancang untuk memberikan bayi mereka penyusuan yang esklusive.Segala cadangan dan perkongsian bolehlah dikongsi bersama ya.

Susu Ibu adalah yang Terbaik untuk bayi Anda.






No comments:

Post a Comment

Rahsia Kulit Halus dengan 3 Bahan Mudah di Rumah.

Perkara yang sangat mengerikan dan menakutkan bagi seorang wanita ialah Tua sebelum Usia.Bayangkan usia muda seorang wanita dalam linku...